Sunday, December 23, 2012

Hijab oh hijab.. Peliharalah Maruah dan Agamaku..

Bismillahirrahmanirrahim..


Firman Allah di dalam al-Quran:

"Wahai Nabi! katakanlah kepada isteri-isterimu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka menutupkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu agar mereka lebih mudah untuk dikenali sehingga mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

(Al-Ahzab:59)


I'm a woman and i want the best thing for myself and my life. Allah will bless me and InsyaAllah Jannah is my destination! So, i'm thinking  that I supposed to post an entry like this to entire the medium of dakwah. Today, Islam can be seen just like a religion only at our mykad but not in our heart. Let's enslave ourself to Allah and be the good ummah :)





Wahai muslimah..
Wanita bertudung lebih dihormati ramai., setiap tutur katanya menjadi panduan dan kesopanan serta sifat merendah diri menjadikan anda begitu dikagumi..


Bertudunglah dengan sebenar-benarnya, mengikut syariat yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. Ingatlah, menutup aurat itu wajib bagi setiap hamba Allah.. 


You still don't believe the errand to care about your aurat? 


or, it's too hard for you to obedient the Islam way to protect us from slander and the hottest of the hell?


fikirlah dengan mata hati.. 

dengan pandangan iman dan pancaran hidayahNya..

bukan dengan pandangan mata yang penuh kabur dengan keseronokan dunia..

bukan dengan bisikan-bisikan kehancuran buat diri kita..

fikirlah.. kita, apa yang kita tentukan pada hari ini..

apa yang akan kita hadapi kelak, sudah tak mampu ditangisi lagi..


Ambillah wudhu' dan bukalah al-quran. Let us flashback for how long we disregard the quran? For how long we leave from reading the quran with wholehearted and tadabbur? 




jadikanlah al-Quran sebagai penghibur di kala kebosanan. teman di kala kesedihan dan sumber segala kekuatan dan kejayaan.. InsyaAllah.. kita akan jadi mukmin yang hebat!!


Aiyyoohh, muslimah!!




"Barangsiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, dia akan memasukkannya ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Dan itulah kemenangan yang agung."
(An-Nisa' 4:13)


ketahuilah bahawa muslimah adalah wanita. Tetapi tidak semua wanita adalah muslimah. :)



satu kisah tentang seorang perempuan yang sangat-sangat bertuah kerana mendapat seorang fiance yang sangat mencintainya. 

One day, the men said to his fiance..

"abg suka tengok awak.. suka sangat.. tapi, kalau awak berpakaian muslimah, abg lagi suka. bukan abg  maksudkan awak tak menutup aurat. tapi, kalau awak pakai pakaian yang lebih labuh dan lebih sopan, abg lagi suka.. ingat Allah.. jadikan iman sebagai sebaik-baik pakaian dan akhlak yang baik sebagai perhiasan diri. Abg berpesan pada awak sebab abg sangat cintakan awak. Abg tak nak satu hari nanti abg terpisah dengan bidadari abg ni.. Ingat pesan abg ye, syg.." 


Sekadar perkongsian bersama. Buanglah yang keruh dan ambillah yang jernih. semoga Allah membalas tiap-tiap kebaikan yang kita lakukan dengan sebaik-baik ganjaran. Ameen..


Wallahu'alam.


Nice thing to share and sweet smile to give. 
Thanks for reading :)


Wednesday, November 28, 2012

Apakah sahabat dalam erti kata sebenar?



Assalammualaikum..
Bismillahirrahmanirrahim..






    
Kadang-kadang kita selalu berangan-angan mahu ditemukan lelaki soleh supaya kita dapat berpimpin tangan menuju redha Allah bersama-sama padahal kita tidak berusaha mendampingkan diri mencari sahabat yang solehah yang boleh mengingatkan kita waktu solat, jom qiammulail, ataupun mari baca Ma’thurat.

Bukankah sahabat yang baik juga adalah pembuka jalan untuk kita menjadi yang baik dan permulaan cerita untuk kita mendapat yang terbaik juga?

Bukankah seorang isteri yang baik pada masa hadapan bermula dengan menjadi sahabat yang baik juga pada masa sekarang?

#Seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah s.a.w:

“Siapakah yang menjadi sahabat yang paling baik bagi kami?”

Jawab Rasulullah s.a.w:
“Seorang yang apabila kamu memandangnya, kamu teringat akan Allah, apabila kamu dengari cakapnya, bertambah pengetahuan kamu tentang Islam, apabila kamu melihat kelakuannya kamu teringat kehidupan akhirat.”


Wednesday, October 31, 2012

Hardly..

Bismillahirrahmanirrahim..




I'm trying hard to ignore people talking about me and whole my life..
They judging me but never know the true of me..
They doesn't know that I had my hard life before and now I had learned something.
Even I am not strong enough to face it alone, I still need to make a try.
Take the risk and make it possible as I can.


Dear,
You are always be besides me and give me your amazing spirit for me to go through it.
Honestly, I'm lucky to have you and be part from you..
Thanks my Genius! Thanks for everything!




I know, just keep my smile and make a good try.. =)

Saturday, October 27, 2012

Seksanya Bila Rindu..

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah..
Alhamdulillah..
Dan alhamdulillah..


Masihku diberi peluang untuk bernafas di bumi Allah yang penuh dengan keindahan dan warna-warni..
Masih banyak onak dan liku yang sedang menunggu aku untuk ditempuh..
Masih banyak cerita untuk diteroka..
Juga cerita dan drama dunia untuk dilihat, dibaca dan diteladani..


serta.

merasai betapa aku rindu , rindu , dan rindu lagi..


Betapa aku hargai rindu ini..

Betapa aku perlukan rindu ini..



Sungguh.. Aku sangat RINDU!!






Jangan salahkan diri sendiri..

Jangan..

Jangan salahkan rindu itu..

Jangan..

Jangan..

Dan jangan..

....................................................
..........................................
................................
........................
..................
.............
........
.....
....
...
..
.

R.I.N.D.U

R.I.N.D.U

R.I.N.D.U

R.I.N.D.U ITU KURNIAAN DARIPADA ALLAH S.W.T

BERSYUKURLAH..


~ salam rindu untuk semua.. ~

Wednesday, October 17, 2012

Misery






Assalammualaikum w.b.t

bismillahirrahmanirrahim.. dengan nama Allah aku mulakan. moga ada berkat dan rahmat disebaliknya.

terasa terlalu banyak untuk dicerita dan dikongsi bersama. namun tiada daya dan upaya mampu dinyata.

masa pantas berlalu.. detik demi detik.. banyak perkara yang berlaku.. banyak perkara pula sedang menunggu.
tetapi, apa yang pasti, aku akan maju terus ke depan. tidak akan berpatah balik walaupun sedetik..

kadang aku berfikir, kadang hati berdetik.. timbul persoalan, mencari jawapan.

kadang bertemu, kadang dibiar berlalu seperti debu dihembus angin, bagai ombak membadai pantai.

kehidupan penuh persoalan. perjalanan yang panjang akan mengurai helaian jawapan.

kadang kita tiada terduga,panas yang disangka hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari, kadang angin sepoi-sepoi bahasa berubah menjadi angin taufan yang membinasa.

setiap kisah punya hikmah, perlu diteliti.

seperti banyak yang ingin aku kongsi, tapi kini bagai tiada lagi.
seperti ingin bercerita kepada semua, tetapi kataku tidak mampu untuk diluah..
seperti ingin ku menangis, tapi tiada air yang mengalir.


tapi
aku yakin, Dia mesti mengetahui
Dia mesti memerhati,
Dia ingin menguji

langkahku perlu kembali di atur,
langkahku perlu lagi bersemangat
ujian ini hanya ingin menguji.


kutunggu masa, ku tunggu saatnya.

ketika aku harus menghadapi semua. tiada siapa tahu apa yang bakal berlaku, apa yang harus aku hadapi.
pedihkah ? pahitkah ? maniskah ? mudah atau senangkah ?
mereka hanya tahu mengkritik, memandang tanpa tahu tujuanku..
tanpa tahu apa yang sedang berlaku.

ADILKAH?

kadang aku termenung, akukah punca atau akukah bahana?
tidak! oh, Allah menciptakan manusia itu sama.
hati.. semuanya terletak pada hati.
jika hati dan perasaan orang lain yang tidak dapat kau jaga..
pergi, pergi dan pergi dari hidupku serta kisahku..

Hati lagi..
buruk atau baikkah..
kau sendiri yang tentukan.
Aku tak mampu berbicara dan katakan kepada mereka..
cuma aku berharap supaya kisah aku akan berlalu dan dibiar ditinggalkan masa dan waktu.



AKU BUKAN SIAPA


DAN MEREKA JUGA BUKAN SESIAPA DALAM HIDUPKU


they judge me !
but they don't know me.
never talk to me.
never smile at me..
never ask me..
and never meet me.
NEVER !!

Is that fair to me?

you read and you judge it by yourself.

Saturday, August 11, 2012

Syair Si Pemburu Ilmu



بسم الله الرحمن الرحيم


Kupancarkan karya indahku di ufuk-nya.
Kusegerakan langkahku menuju negeri-Nya.
Indahnya pemandangan suasana malam
gembira, takkan pernah menggoyahkan tekadku.
Kutinggalkan lembah cinta dengan hati yang berat.
Tapi, kuyakin kelak tidak lagi merasa kesepian dan penderitaan itu.
Kuseru nama Allah Yang Maha Mulia.
Kudakap segenap tulang rusukku kerana takut akan panggilan-Nya..

Dia (Allah) mempunyai banyak nama dan nama-nama-Nya begitu indah. Dia mempunyai banyak sifat dan sifat-sifat-Nya begitu tinggi. Jadilah hamba-Nya, nescaya Dia menjadi penolongmu. Dialah Allah! Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia. 

Adakah engkau mengetahui siapa yang senama dan sebanding dengan-Nya?

Siapakah yang menciptakan bumi dan langit? 

Siapakah yang mengalirkan air, memancarkan cahaya, menabur keagungan, menghiasi diri-Nya dengan keabadian, dan mengkhususkan-Nya dengan kebesaran dan kekuasaan? 

Siapakah yang mengalahkan tentera, menghancurkan pasukan bersekutu dan membinasakan Kaum Tsamud dan 'Ad? 

Siapakah yang mengalahkan tipu daya musuh, menghancurkan banyak negeri yang zalim dan memberi prtunjuk ke jalan yang benar?

Dialah Yang Maha Esa, yang memiliki nama-nama yang paling indah dan sifat-sifat yang paling sempurna. Dia mengetahui segala sesuatu yang tersembunyi. Ilmu-Nya meliputi segala sesuatu yang terpendam di dalam hati. 

Dia menghiasi diri-Nya dengan keabadian, menetapkan kebinasaan kepada yang lain. Dia tidak dapat diliputi oleh penglihatan mata, tidak dikuasai oleh akal fikiran. 

Dia berkuasa melakukan segala perkara yang dikehedaki-Nya. Dia, lebih dekat kepadamu daripada urat nadi lehermu sendiri.

Wahai Tuhanku, Kami datang kepada-Mu dengan pasrah
berdiri di depan pintu-Mu sebagai seorang hamba yang fakir.
Maafkanlah kami kerana telah lalai dan cuai
ampunilah kelemahan Kami yang sudah Engkau ketahui.

Kemurahan-Nya melimpah, sehinggakan seluruh makhluk tidak mampu untuk memikulnya. Demi Allah, andaikan langit ini dibuat menjadi lembaran kertas yang akan dipenuhi dengan ribuan kata-kata pujian, nescaya tiadalah langit itu boleh menampung seluruh sanjungan yang dipersembahkan kepada-Nya]



Ya ayyatuhan nafsul mutmainnah..
Irji'i ila rabbiki rhadhiatan mardhiyyah..
fadkhuli fi ibaadi..
wadkhuli jannati.. :)


Monday, July 30, 2012

Merentas desa.. eh..eh.. merentas masa ! :)



Bismillahirrahmanirrahim..


Gambar buat kita rindu. bila teringat je kita mesti senyum, lepas tu kita tengok gambar, lepas tu sambung senyum semula. indah sangat. kan? the time will past away and the picture will remind us all the moment that we share and through together. peace!




G.I.G gangs (SEMENDARIAN's) new photo (2012)



anak ikan lagi..hehe (2008)



members on 2010


Ya Allah, jagalah sahabatku ini, 
anugerahkan cinta dan kasih sayangMu padanya.
kuatkan kakinya dijalanMu
kuatkan jasadnya dengan RahmatMU.
kuatkan Rohnya dengan Rohmu,
jadikan dia tersenyum..
hanya di SyurgaMu..
kelak kami bertemu..
andainya Aku layak menapak di SyurgaMu..
kupinta sahabat-sahabatku ini bersamaku..

wahai sahabatku..

Berikan Hatimu hanya utk Allah..
pasti Allah temukan padamu pemilik terbaik..
hamparkan masamu seluasnya hanya utk Allah,
pasti Allah aturkan kehidupanMu dengan baik..

InsyaAllah ...

UHIBBUKUM JIDDAN!!



Monday, July 2, 2012

~ Ini medanku ~

Bermulanya sebuah perjalanan
Yang menentukan masa hadapan
Sebuah peperangan di medan ilmu
Yang memerlukan aku untuk terus gagah
Jauh, dari pandangan kekasih
Yang mengharap kepulangan sebuah kejayaan..

AKU..
Akan teruskan perjuangan ini
Meskipun sukar, meskipun banyak ranjaunya
Ayahanda
Aku perlukan pimpinan tanganmu
Ibunda
Aku perlukan pelukan eratmu
Untuk Aku terus berusaha hingga akhirnya

Wahai diriku
Alangkah kasihannya kau jika mensiakannya
Alangkah lemahnya kau andai terus berputus asa
Alanngkah jumudnya kau apabila tidak berusaha
Alangkah simpatinya kau jika kau tewas begitu sahaja
Kawal dirimu!!
Kejayaan hanya di depanmu
Kau hanya perlu teruskan berjalan
Hingga ke penamatnya..

Wahai diriku
Jangan kau gundah gulana andai kau dibelakang
Teruskan mengejarnya semampu boleh
Ya, aku tahu aku boleh
Jika setiap sesuatu ada Allah bersamaku
Kerana kau tahu Dia berkuasa atas setiap sesuatu
Maka, kau berusahalah, berserahlah hanya padaNya.. <3<3<3




LOVE,
Mysara Zulkifli :)

Sunday, July 1, 2012

Senyuman dalam kopi


Bismillahirrahmanirrahim..




smile is the sweetest thing that we can do to cheer our life :)


It's okay, just a little bit mukaddimah for today. I'm trying to leave my bad habits all this time. I'm a cheerful and I would rejoice my life with my own way. That's mean that I love to laugh out loud before. Oh yeah!
Now, i'm leaving. But this lip will always be engraved with a smile. Oh, I love sunnah!


This time..



Yup, ujian itu hanya untuk menguji..


Hati,
Bukan lari tapi menghadapi,

Allah tak tengok berapa kali kita jatuh,
Tapi Allah tengok berapa kali kita bangun selepas kita jatuh..

Fainnama'al 'usri yusra,
Innama'al 'usri yusra.

'Sesungguhnya setiap kesusahan pasti ada kemudahan'

Hati, atas ini untuk kamu.
Senyumlah :)




Hati,
Saya mohon kamu untuk lebih kuat dan gagah lagi. Ya?
Please..

Allah kan ada, Untuk awak. Kan hati kan?

:')


Tuesday, June 26, 2012

Adik bagi saya ubat?



Bismillahirrahmanirrahim..





Wahai Adikku,

Kalau dulu kau yang paling sukar mendengar kata
Kalau dulu kau yang paling sukar diatur bicara
Tapi kini semua telah berubah
Haruskah ku bertanya mengapa, atau terus menyokong hingga ke sudah?


Wahai Adikku,

Sungguh aku tidak menyedari setiap pertanyaan yang dahulu kau ajukan
Sebenarnya kau ambil dan kau gunakan
Sungguh sukar untuk aku fahamkan
Ternyata lebih sukar untuk ku telan
Entahmengapa, aku sendiri sukar untuk terima

Wahai adikku, 

Semoga apa yang kau lakukan sekarang berkekalan hingga ke akhirnya
Aku, kakakmu sentiasa di sisi selamanya
Terima kasih kerana telah mengingatkanku sekali lagi
Betapa aku kerdil di muka bumi ini
Betapa aku jahil dengan diri sendiri

Terima kasih wahai adikku
Terima kasih yang tak terhingga
Segunung ucapan berbahagia
Selaut doa aku panjatkan
Semoga kita akan sentiasa dirahmatiNya
Atas setiap perubahan
Atas setiap perbuatan
Atas setiap patah kata ini
Semoga semuanya adalah kerana Allah

InsyaAllah..



Salam sayang dari ukhtimu. 


Gong Badak, 
Mysara Zulikfli :)


Friday, June 22, 2012

Permohonan..



Bismillahirrahmanirrahim..




Sahabat, satu yang ku pinta darimu..

Jangan tinggalkan aku keseorangan di jalan yang salah..

Bantu aku..

Doakan aku..

Aku pohon kesetiaan daripadamu sahabat..

teruslah bersamaku hingga kelak di Jannah kita bertemu kembali..


InsyaAllah..


Salam sayang :)



Sunday, June 17, 2012

Pesanan buatmu serikandi muslimah..



PESANAN BUATMU SRIKANDI MUSLIMAH..
hayatilah…

Suatu kisah
Kisah benar belaka
Seorang pemuda dalam pencarian

Mencari pemilik rusuk kirinya
Sudah bertahun bersendirian
Muncullah calon yang entah ke berapa
Seperti biasa
Diusulkan emak tersayang

Bukan calang-calang calon yang diusulkan
Lulusan universiti Timur Tengah
Menghormati permintaan si anak
Yang mahu pendamping solehah
Sejuk mata memandang
Bertudung labuh litup
Pandai berbahasa Arab
Pendek kata tip top!

Si pemuda mulakan istikharah
Hampir berminggu
Setelah meneliti gambar
Mula mencari maklumat
Sebelum sesi taaruf bermula

Si pemuda menjenguk ke web
Laman Friendster kegemaran ramai
Yang kini mungkin Facebook
Satu keajaiban!!!
Si lelaki tidak pernah punya web sedemikian
Tiba-tiba tergamam
Si gadis masih anggun
Bertudung labuh litup
Namun, bergambar sakan
Aduh!

Terkejut bukan kepalang
Calon solehah direject tanpa ihsan
Bukan menjadi pilihan
Kerana gambar ditayang
Dengan penuh sakan
Pemilihan terbatal

Dia pernah berkata
Perempuan cantik itu
TIDAK MEMANDANG DAN TIDAK DIPANDANG
Perempuan cantik itu
TIDAK MENGENALI DAN TIDAK DIKENALI
Perempuan cantik itu
TIDAK MENEGUR DAN TIDAK DITEGUR

Akhirnya
Solehah kempunan calon soleh
Merayu untuk dipertimbangkan
Tapi sayang sekali
Si pemuda tetap
Tidak berganjak dengan keputusan

Wahai Muslimah
Aku dan kamu
Mari mempelajari, mencontohi
Watak-watak wanita salafussoleh
Sifat, pengorbanan dan perjuangan mereka
Kerana WANITA SOLEHAH ITU
LEBIH BAIK DARIPADA 





SERIBU LELAKI YANG TIDAK SOLEH




p/s : Wahai adik2 muslimah marilah mengambil iktibar,
jadilah muslimah sebenar..



jangan berselindung disebalik tudung litupmu itu.
sampaikanlah pada sahabat2 kalian,
sekiranya mereka bertepatan dengan puisi ini ..

DUHAI MAWAR-MAWAR MUJAHIDAHKU..

BETUL KE..WAHAI WANITA..???

siapa kata jadi perempuan tu senang?

nak kena tutup sana, tutup sini
...
tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pon orang x bising

perempuan, stoking pon kena pakai

cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari

komfem x tahan bertutup semua

tapi, perempuan cool jek

tengah panas pon boleh lagi pakai jubah, hebat kan perempuan?

siapa kata jadi perempuan tu senang?

tiap2 bulan, mesti ada penyakit

nak pergi kelas pon susah

cuba tengok budak lelaki , selamber jek

kadang2 setahun sekali pon susah nak dapat sakit

tapi, perempuan hidup berpuluh2 tahun dgn penyakit tiap2 bulan, survive je

tengah2 sakit pon boleh senyum lagi sampai orang pon x perasan yg dia sakit

hebat kan perempuan?

siapa kata jadi perempuan tu senang?

hati mereka Allah jadikan lembut betul

cepat je sensitif

cuba tengok orang putus cinta

selalu perempuan yg paling susah nak lupa

lelaki lepas putus cinta cepat jek pasang baru

cuba pergi wayang tengok cerita hindustan

siapa yg paling teruk menangis?

perempuan kan?lelaki boleh gelak2 lagi

lembut tak lembut hati perempuan

tapi dengan hati yg lembut tu perempuan dapat mengagumkan lelaki

hebat tak perempuan?

disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni lah, ramai perempuan yg merajuk dengan Allah

diorang cakap, Allah x adil

kenapa Allah lebihkan lelaki?

kenapa perempuan kena dengar cakap suami?

kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami?

padahal jadi perempuan tu sangatlah susah

bak kata orang, nak jaga 10 anak lelaki, x susah macam nak jaga sorang anak perempuan

dan disebabkan perasaan negatif dekat Allah ni, ramai perempuan2 kat luar sana yg rebel

diorang pakai pakaian yg tidak menutup aurat dengan alasan, 'lelaki x payah tutup pon'

diorang berani bertepuk tampar dengan lelaki

diorang sanggup gadaikan diri diorang sbb percaya dengan janji manis kekasih yg busuk hati

kesian kan kat diorang?

disebabkan fikiran yg negatif terhadap Allah, diorang sanggup rosakkan diri diorang

diorang cakap diorang buat macam tu sbb Allah x adil

persoalannya sekarang

betul ke Allah x adil dengan perempuan?

betul, syurga perempuan terletak di bawah kaki suami

tapi, cuba ingat balik, syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa kalau bukan kaki ibunya?

betul, isteri kena ikut cakap suami

tapi, seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada ayahnya

x adil lagikah Allah pada perempuan?

Allah bukan setakat adil, tapi Allah tu sangat sayang kat perempuan

untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya

kalau paling banyak dia ada 4 orang isteri

cuma ada 4 orang yg syurganya bergantung pada seorang lelaki tu

tapi perempuan, ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki

bermakna ada 15 orang yg syurganya terletak pada seorang perempuan tu

mashaAllah, hebatnya perempuan kan?

kenapa perempuan hebat?sebab kasih sayang Allah yg jadikan kita hebat

cuba dengar pula lagu2 yg berkumandang dekat radio

banyak lagu pasal perempuan kan?

jarang kita dengar lagu pasal lelaki

sayang x sayang Allah tu dekat perempuan, sampai perempuan dikasihi macam tu sekali dekat dunia

masih x adil lagikah Allah dekat perempuan?

Allah sebenarnya terlampau adil dekat perempuan

sampaikan disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni

perempuan senang nak masuk syurga

tengok hadis ni

"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai."

(Hadis Riwayat Ahmad)

x adil lagikah Allah dekat perempuan?

oh perempuan, sedarlah

betapa sayangnya Allah padamu

betapa cintanya Allah padamu

tapi, kenapa kamu nak rosakkan diri kamu kerana fikiran2 negatif yg x berasas dekat Allah?

Allah jadikan perempuan tu sebagai hiasan dunia

bayang, dunia yg besar ni, dunia yg cantik ni, kita jadi hiasan

dan seindah2 hiasan tu adalah wanita solehah
kesiannya dekat perempuan yang tolak untuk jadi seindah hiasan kan?








#juz sharing....huhu..... :D

Sunday, June 10, 2012

Alhamdulillah..



Bismillahirrahmanirrahim..


Dengan nama Allah, penghulu sekalian makhluk.. aku memulakan bicara. Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad s.a.w yang mulia.. moga ada keberkatan di sebalik sinar mentari yang baru menunjukkan sinarnya.


15 minit sebelum azan subuh berkumandang, alhamdulillah.. akhirnya aku telah selamat tiba ke destinasi yang aku tuju untuk menimba ilmu Allah. InsyaAllah..


Terima kasih ibu & ayah untuk segalanya.. Doakan anakmu selalu :)






Ya Allah..
Jadikan aku hamba yang serba cukup.. bersyukur atas pemberian mahupun ujianmu.
Ameen.. 



Friday, May 18, 2012

Khabar Orang Bercuti..



Bismillahirrahmanirrahim..


Sedetik waktu sekelumit rasa..


Waktu cuti yang aku habiskan sebagai suri rumah betul-betul mengajar aku tahap kesabaran yang tinggi.. macam-macam yang perlu dilakukan, disiapkan dan dipastikan. Agar semuanya selesai dan akhirnya semua orang merasa puas dengan suasana rumah yang bersih dan ceria. Paling penting sekali untuk mereka.. tadaaa!!! semua juadah dah tersedia atas meja makan. menunggu masa untuk dijamah sahaja.


Sisters and Brothers,


Tak semua benda yang kita gusar dan risaukan akan membawa keburukan pada kita. Buktinya, sekarang aku lebih mahir dalam masakan, susun atur rumah dan berjaya membahagikan masa dengan baik. Alhamdulillah.. 


P/s : Paling penting sekali, jangan merungut dan IKHLAS :)


Last but not least..


 Mysara Zulkifli . Everywhere I go , I would lift my father's name up with proud and dignity. hehe..


Selamat bercuti kepada adik-adik yang bakal bercuti dari sekolah pada minggu hadapan dan kepada anda semua, as usual.. senyum-senyum..ceria-ceria selalu.. :)


Salam rindu,

Chow cincau..


Wednesday, April 11, 2012

PELAJAR AGAMA ? DENGARKANLAH..



Bismillahirrahmanirrahim..



entum, ke mana entum semua menghilang?


kami budak sekolah biasa...
kami berani kehadapan...
kami berani tegur orang...
bersesuaian dengan kalam Allah (ali-Imran:104)


entum, dengarlah...


kami ada keberanian...
tapi ilmu kami sangat sedikit berbanding entum...
entum, sedar tak?
Kalian ada ilmu-ilmu itu...
Kalian ada kalam-kalam Allah di dada kalian...
Tapi sayang, entum tak ada kekuatan, tak ada keberanian...


entum hanya 'menyorok' di dalam surau...
Bertafakkur di dalam musolla
Mohon diberi kekuatan untuk menghapi cabaran era kini
Tapi sampai bila entum ingin bertafakkur?
Sampai bila entum hanya mahu berdoa?
Dunia luar semakin membarah...
Anasir-anasir barah semakin merebak...


SAMPAI BILA NAK KATA ‘WE WAIT N SEE?


Entum..bangkitlah...

Kita bergandingan bahu...
Tiada yang bergerak dibelakang...
Tiada yang bergerak didepan...
Kita setara kerna kita sama-sama khalifah...(al-Baqarah:30)
Sama-sama pejuang yang diamanahkan Allah...


Entum,bukalah mata...

Buka lah hati entum...

Sama-sama sahut seruan ini.


Tak malukah kalian melihat anak kecil palestin gagah berdiri membaling batu kepada yahudi laknatullah?
Tak malukah entunna melihat para ibunya bersusah payah mendidik anak untuk syahid?
Menangis teresak-esak kerana tiada anak lagi yang boleh dihantar untuk menentang kezaliman musuh?


Entum, apakah matlamat entum pada tahun baru ini?
Pernahkan entum bertanya?
Apakah yang entum sumbangkan pada islam?


Entum..renung-renungkanlah...
Biarlah sama-sama kita muhasabah diri dan perbetulkan niat...






Anda diam atau anda berfikir dalam diam?
Ini rintihan, ini luahan saudara seislam kita yang masih sedar.
Ayuh, kita bantu mereka!! : )


Friday, March 9, 2012

Mengapa Aku?



Bismillahirrahmanirrahim..


Moga Allah masih memberiku kekuatan untuk menempuh hari kemudiannya..




Aku harus sedar.. yang aku harus jauh dari dirinya..
mungkin dahulu kami sahabat setia
ke mana-mana sentiasa bersama.

Aku sangkakan persahabatan kita utuh..
seutuh masjid al- Aqsa..
setulus kasihnya Abu Bakar kepada Rasulullah..

Tetapi aku hanya bermimpi
Mimpi yang tak pasti di siang hari.
Kau beri dalih.
tanpa asbab dan musabab yang kukuh..
kau hancurkan benteng kepercayaan aku, SAHABAT..


Alangkah sedih dan pilu saat diri ini memikirkanmu ukhti..
aku mencuba sedaya upaya untuk berubah ke arah yang lebih sempurna.
malah mengapa kau pula yang bepaling dari jalan kebenaran itu?


Ya Allah, jagakanlah dia..
Kerana aku masih menyayangi dirinya..
kerana dia juga pernah bergelar SAHABAT..


p/s: Aku rindu semua sahabat. Abaikan semua kisah lamaku. abaikan semua sikap keanak-anakkanku, perangai burukku.. malu mengenangkan kisah silamku.. ketika masih jahil dalam agama sehingga aku menjadi seorang hamba yang taat pada perintahNya.. Allahu Rabbi! :)




Thursday, March 8, 2012

Usaha :)



Bismillahirrahmanirrahim..



Aku cuba untuk tidak mengeluh tentang kehidupan.
tapi aku masih tewas dgn sifat malas..
huh! berdendam rasenye aku dgn Mr. Malas yg sentiasa menggodaku..




Allah memujukku dengan firmanNya :

"Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya."

( surah al-ankabut :69)


Tuesday, March 6, 2012

Hold on..



Bismillahirrahmanirrahim..




(kuala terengganu)


saban hari, aku sedar yang aku tak henti menulis tentang perjuangan..
itu aku.. takkan pernah lelah, takkan pernah kira jerih..
kerana perjuangan itu kemanisan hidup.
dan, kerana perjuangan itu juga yang telah mewarnakan hari-hariku..


cuma satu yang ku harapkan..
jika masa bisa diputarkan kembali..





yeah, that's my wish..
hoping that I can have a new life..

Aku ingin mengambil kesempatan untuk menjadi hamba..
hamba yang mencintai Yang Maha Esa..

*peganglah hatiku untuk terus tertaut pada cintaMu Ya Allah...