Friday, March 9, 2012

Mengapa Aku?



Bismillahirrahmanirrahim..


Moga Allah masih memberiku kekuatan untuk menempuh hari kemudiannya..




Aku harus sedar.. yang aku harus jauh dari dirinya..
mungkin dahulu kami sahabat setia
ke mana-mana sentiasa bersama.

Aku sangkakan persahabatan kita utuh..
seutuh masjid al- Aqsa..
setulus kasihnya Abu Bakar kepada Rasulullah..

Tetapi aku hanya bermimpi
Mimpi yang tak pasti di siang hari.
Kau beri dalih.
tanpa asbab dan musabab yang kukuh..
kau hancurkan benteng kepercayaan aku, SAHABAT..


Alangkah sedih dan pilu saat diri ini memikirkanmu ukhti..
aku mencuba sedaya upaya untuk berubah ke arah yang lebih sempurna.
malah mengapa kau pula yang bepaling dari jalan kebenaran itu?


Ya Allah, jagakanlah dia..
Kerana aku masih menyayangi dirinya..
kerana dia juga pernah bergelar SAHABAT..


p/s: Aku rindu semua sahabat. Abaikan semua kisah lamaku. abaikan semua sikap keanak-anakkanku, perangai burukku.. malu mengenangkan kisah silamku.. ketika masih jahil dalam agama sehingga aku menjadi seorang hamba yang taat pada perintahNya.. Allahu Rabbi! :)




Thursday, March 8, 2012

Usaha :)



Bismillahirrahmanirrahim..



Aku cuba untuk tidak mengeluh tentang kehidupan.
tapi aku masih tewas dgn sifat malas..
huh! berdendam rasenye aku dgn Mr. Malas yg sentiasa menggodaku..




Allah memujukku dengan firmanNya :

"Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya."

( surah al-ankabut :69)


Tuesday, March 6, 2012

Hold on..



Bismillahirrahmanirrahim..




(kuala terengganu)


saban hari, aku sedar yang aku tak henti menulis tentang perjuangan..
itu aku.. takkan pernah lelah, takkan pernah kira jerih..
kerana perjuangan itu kemanisan hidup.
dan, kerana perjuangan itu juga yang telah mewarnakan hari-hariku..


cuma satu yang ku harapkan..
jika masa bisa diputarkan kembali..





yeah, that's my wish..
hoping that I can have a new life..

Aku ingin mengambil kesempatan untuk menjadi hamba..
hamba yang mencintai Yang Maha Esa..

*peganglah hatiku untuk terus tertaut pada cintaMu Ya Allah...




Monday, March 5, 2012

Sakit



Bismillahirrahmanirrahim..






tubuh terasa amat lemah sementara otak pun tak mampu berfikir dengan pantas.
begitu membataskan keupayaanku.
apatah lagi keadaan cuaca yang agak tidak menentu.
sejuk hingga ke sum-sum tulang..
apa yang termampu bagiku pada saat ini,
membuka buku dan lembaran baru.
untuk hari esok yang pasti sedang menunggu..







okay, now and forever..

I MISS YOU IBU !

MISS YOU TOO AYAH !

MISS MY FAMILY MUCH !



*Cukuplah tangisan untuk hari ini. buka buku semula dan baca :)

Sunday, March 4, 2012

Musim

Bismillahirrahmanirrahim.

Malam yang dingin, sejuk mencengkam ke seluruh tubuh..
membuatkan semua student pastinya lebih selesa untuk menarik selimut dan tidur..
Ohh.. tapi apa yang aneh.. berat badanku makin susut..
kenapa oh kenapa?
maaf bu, anak ibu kurang selera makan. sudah dewasa barangkali.
ahaha :D *berangan ^__^




*Garu kepala sambil tangan di dagu.

Banyak yang belum habis ditelaah lagi.
Banyak yang belum habis diingati dan 
Banyak yang belum di cerna oleh minda serba boleh ini.


Oh Allah.. bantulah hambaMu.
hingga saat ini aku butuh bantuan dan sesuatu yang *ching! (sesuatu yang di luar jangkaan)


5hb march bermulanya medan jihad semua pelajar Fakulti Kotemporari Islam UNISZA. menentukan masa hadapan ummah itu pasti. Ayuh, kita lakukan yang terbaik! 


(Allahummar zuqna, Ya Rabbi fahman nabiyyiin, wa hifzaal mursalin, wa'ilhaamal malaaikatiil muqarrabiin, fii 'aafiyati, Ya arhamar raahimiin)





M.A.L.A.S!

Pergi jauh-jauh..
jangan kacau lagi. Oh, indahnya kalau aku ditakdirkan dengan sifat rajin yang semulajadi.
hmmm.. berangan lagi.


sudah-sudah.. jom buka buku dan baca.




Alright, buku dah menanti.. Bittaufiq wan najah semua :)
Cool-cool, senyum selalu ..