Friday, May 18, 2012

Khabar Orang Bercuti..



Bismillahirrahmanirrahim..


Sedetik waktu sekelumit rasa..


Waktu cuti yang aku habiskan sebagai suri rumah betul-betul mengajar aku tahap kesabaran yang tinggi.. macam-macam yang perlu dilakukan, disiapkan dan dipastikan. Agar semuanya selesai dan akhirnya semua orang merasa puas dengan suasana rumah yang bersih dan ceria. Paling penting sekali untuk mereka.. tadaaa!!! semua juadah dah tersedia atas meja makan. menunggu masa untuk dijamah sahaja.


Sisters and Brothers,


Tak semua benda yang kita gusar dan risaukan akan membawa keburukan pada kita. Buktinya, sekarang aku lebih mahir dalam masakan, susun atur rumah dan berjaya membahagikan masa dengan baik. Alhamdulillah.. 


P/s : Paling penting sekali, jangan merungut dan IKHLAS :)


Last but not least..


 Mysara Zulkifli . Everywhere I go , I would lift my father's name up with proud and dignity. hehe..


Selamat bercuti kepada adik-adik yang bakal bercuti dari sekolah pada minggu hadapan dan kepada anda semua, as usual.. senyum-senyum..ceria-ceria selalu.. :)


Salam rindu,

Chow cincau..


Wednesday, April 11, 2012

PELAJAR AGAMA ? DENGARKANLAH..



Bismillahirrahmanirrahim..



entum, ke mana entum semua menghilang?


kami budak sekolah biasa...
kami berani kehadapan...
kami berani tegur orang...
bersesuaian dengan kalam Allah (ali-Imran:104)


entum, dengarlah...


kami ada keberanian...
tapi ilmu kami sangat sedikit berbanding entum...
entum, sedar tak?
Kalian ada ilmu-ilmu itu...
Kalian ada kalam-kalam Allah di dada kalian...
Tapi sayang, entum tak ada kekuatan, tak ada keberanian...


entum hanya 'menyorok' di dalam surau...
Bertafakkur di dalam musolla
Mohon diberi kekuatan untuk menghapi cabaran era kini
Tapi sampai bila entum ingin bertafakkur?
Sampai bila entum hanya mahu berdoa?
Dunia luar semakin membarah...
Anasir-anasir barah semakin merebak...


SAMPAI BILA NAK KATA ‘WE WAIT N SEE?


Entum..bangkitlah...

Kita bergandingan bahu...
Tiada yang bergerak dibelakang...
Tiada yang bergerak didepan...
Kita setara kerna kita sama-sama khalifah...(al-Baqarah:30)
Sama-sama pejuang yang diamanahkan Allah...


Entum,bukalah mata...

Buka lah hati entum...

Sama-sama sahut seruan ini.


Tak malukah kalian melihat anak kecil palestin gagah berdiri membaling batu kepada yahudi laknatullah?
Tak malukah entunna melihat para ibunya bersusah payah mendidik anak untuk syahid?
Menangis teresak-esak kerana tiada anak lagi yang boleh dihantar untuk menentang kezaliman musuh?


Entum, apakah matlamat entum pada tahun baru ini?
Pernahkan entum bertanya?
Apakah yang entum sumbangkan pada islam?


Entum..renung-renungkanlah...
Biarlah sama-sama kita muhasabah diri dan perbetulkan niat...






Anda diam atau anda berfikir dalam diam?
Ini rintihan, ini luahan saudara seislam kita yang masih sedar.
Ayuh, kita bantu mereka!! : )


Friday, March 9, 2012

Mengapa Aku?



Bismillahirrahmanirrahim..


Moga Allah masih memberiku kekuatan untuk menempuh hari kemudiannya..




Aku harus sedar.. yang aku harus jauh dari dirinya..
mungkin dahulu kami sahabat setia
ke mana-mana sentiasa bersama.

Aku sangkakan persahabatan kita utuh..
seutuh masjid al- Aqsa..
setulus kasihnya Abu Bakar kepada Rasulullah..

Tetapi aku hanya bermimpi
Mimpi yang tak pasti di siang hari.
Kau beri dalih.
tanpa asbab dan musabab yang kukuh..
kau hancurkan benteng kepercayaan aku, SAHABAT..


Alangkah sedih dan pilu saat diri ini memikirkanmu ukhti..
aku mencuba sedaya upaya untuk berubah ke arah yang lebih sempurna.
malah mengapa kau pula yang bepaling dari jalan kebenaran itu?


Ya Allah, jagakanlah dia..
Kerana aku masih menyayangi dirinya..
kerana dia juga pernah bergelar SAHABAT..


p/s: Aku rindu semua sahabat. Abaikan semua kisah lamaku. abaikan semua sikap keanak-anakkanku, perangai burukku.. malu mengenangkan kisah silamku.. ketika masih jahil dalam agama sehingga aku menjadi seorang hamba yang taat pada perintahNya.. Allahu Rabbi! :)




Thursday, March 8, 2012

Usaha :)



Bismillahirrahmanirrahim..



Aku cuba untuk tidak mengeluh tentang kehidupan.
tapi aku masih tewas dgn sifat malas..
huh! berdendam rasenye aku dgn Mr. Malas yg sentiasa menggodaku..




Allah memujukku dengan firmanNya :

"Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya."

( surah al-ankabut :69)


Tuesday, March 6, 2012

Hold on..



Bismillahirrahmanirrahim..




(kuala terengganu)


saban hari, aku sedar yang aku tak henti menulis tentang perjuangan..
itu aku.. takkan pernah lelah, takkan pernah kira jerih..
kerana perjuangan itu kemanisan hidup.
dan, kerana perjuangan itu juga yang telah mewarnakan hari-hariku..


cuma satu yang ku harapkan..
jika masa bisa diputarkan kembali..





yeah, that's my wish..
hoping that I can have a new life..

Aku ingin mengambil kesempatan untuk menjadi hamba..
hamba yang mencintai Yang Maha Esa..

*peganglah hatiku untuk terus tertaut pada cintaMu Ya Allah...