Wednesday, November 28, 2012

Apakah sahabat dalam erti kata sebenar?



Assalammualaikum..
Bismillahirrahmanirrahim..






    
Kadang-kadang kita selalu berangan-angan mahu ditemukan lelaki soleh supaya kita dapat berpimpin tangan menuju redha Allah bersama-sama padahal kita tidak berusaha mendampingkan diri mencari sahabat yang solehah yang boleh mengingatkan kita waktu solat, jom qiammulail, ataupun mari baca Ma’thurat.

Bukankah sahabat yang baik juga adalah pembuka jalan untuk kita menjadi yang baik dan permulaan cerita untuk kita mendapat yang terbaik juga?

Bukankah seorang isteri yang baik pada masa hadapan bermula dengan menjadi sahabat yang baik juga pada masa sekarang?

#Seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah s.a.w:

“Siapakah yang menjadi sahabat yang paling baik bagi kami?”

Jawab Rasulullah s.a.w:
“Seorang yang apabila kamu memandangnya, kamu teringat akan Allah, apabila kamu dengari cakapnya, bertambah pengetahuan kamu tentang Islam, apabila kamu melihat kelakuannya kamu teringat kehidupan akhirat.”


Wednesday, October 31, 2012

Hardly..

Bismillahirrahmanirrahim..




I'm trying hard to ignore people talking about me and whole my life..
They judging me but never know the true of me..
They doesn't know that I had my hard life before and now I had learned something.
Even I am not strong enough to face it alone, I still need to make a try.
Take the risk and make it possible as I can.


Dear,
You are always be besides me and give me your amazing spirit for me to go through it.
Honestly, I'm lucky to have you and be part from you..
Thanks my Genius! Thanks for everything!




I know, just keep my smile and make a good try.. =)

Saturday, October 27, 2012

Seksanya Bila Rindu..

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah..
Alhamdulillah..
Dan alhamdulillah..


Masihku diberi peluang untuk bernafas di bumi Allah yang penuh dengan keindahan dan warna-warni..
Masih banyak onak dan liku yang sedang menunggu aku untuk ditempuh..
Masih banyak cerita untuk diteroka..
Juga cerita dan drama dunia untuk dilihat, dibaca dan diteladani..


serta.

merasai betapa aku rindu , rindu , dan rindu lagi..


Betapa aku hargai rindu ini..

Betapa aku perlukan rindu ini..



Sungguh.. Aku sangat RINDU!!






Jangan salahkan diri sendiri..

Jangan..

Jangan salahkan rindu itu..

Jangan..

Jangan..

Dan jangan..

....................................................
..........................................
................................
........................
..................
.............
........
.....
....
...
..
.

R.I.N.D.U

R.I.N.D.U

R.I.N.D.U

R.I.N.D.U ITU KURNIAAN DARIPADA ALLAH S.W.T

BERSYUKURLAH..


~ salam rindu untuk semua.. ~

Wednesday, October 17, 2012

Misery






Assalammualaikum w.b.t

bismillahirrahmanirrahim.. dengan nama Allah aku mulakan. moga ada berkat dan rahmat disebaliknya.

terasa terlalu banyak untuk dicerita dan dikongsi bersama. namun tiada daya dan upaya mampu dinyata.

masa pantas berlalu.. detik demi detik.. banyak perkara yang berlaku.. banyak perkara pula sedang menunggu.
tetapi, apa yang pasti, aku akan maju terus ke depan. tidak akan berpatah balik walaupun sedetik..

kadang aku berfikir, kadang hati berdetik.. timbul persoalan, mencari jawapan.

kadang bertemu, kadang dibiar berlalu seperti debu dihembus angin, bagai ombak membadai pantai.

kehidupan penuh persoalan. perjalanan yang panjang akan mengurai helaian jawapan.

kadang kita tiada terduga,panas yang disangka hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari, kadang angin sepoi-sepoi bahasa berubah menjadi angin taufan yang membinasa.

setiap kisah punya hikmah, perlu diteliti.

seperti banyak yang ingin aku kongsi, tapi kini bagai tiada lagi.
seperti ingin bercerita kepada semua, tetapi kataku tidak mampu untuk diluah..
seperti ingin ku menangis, tapi tiada air yang mengalir.


tapi
aku yakin, Dia mesti mengetahui
Dia mesti memerhati,
Dia ingin menguji

langkahku perlu kembali di atur,
langkahku perlu lagi bersemangat
ujian ini hanya ingin menguji.


kutunggu masa, ku tunggu saatnya.

ketika aku harus menghadapi semua. tiada siapa tahu apa yang bakal berlaku, apa yang harus aku hadapi.
pedihkah ? pahitkah ? maniskah ? mudah atau senangkah ?
mereka hanya tahu mengkritik, memandang tanpa tahu tujuanku..
tanpa tahu apa yang sedang berlaku.

ADILKAH?

kadang aku termenung, akukah punca atau akukah bahana?
tidak! oh, Allah menciptakan manusia itu sama.
hati.. semuanya terletak pada hati.
jika hati dan perasaan orang lain yang tidak dapat kau jaga..
pergi, pergi dan pergi dari hidupku serta kisahku..

Hati lagi..
buruk atau baikkah..
kau sendiri yang tentukan.
Aku tak mampu berbicara dan katakan kepada mereka..
cuma aku berharap supaya kisah aku akan berlalu dan dibiar ditinggalkan masa dan waktu.



AKU BUKAN SIAPA


DAN MEREKA JUGA BUKAN SESIAPA DALAM HIDUPKU


they judge me !
but they don't know me.
never talk to me.
never smile at me..
never ask me..
and never meet me.
NEVER !!

Is that fair to me?

you read and you judge it by yourself.

Saturday, August 11, 2012

Syair Si Pemburu Ilmu



بسم الله الرحمن الرحيم


Kupancarkan karya indahku di ufuk-nya.
Kusegerakan langkahku menuju negeri-Nya.
Indahnya pemandangan suasana malam
gembira, takkan pernah menggoyahkan tekadku.
Kutinggalkan lembah cinta dengan hati yang berat.
Tapi, kuyakin kelak tidak lagi merasa kesepian dan penderitaan itu.
Kuseru nama Allah Yang Maha Mulia.
Kudakap segenap tulang rusukku kerana takut akan panggilan-Nya..

Dia (Allah) mempunyai banyak nama dan nama-nama-Nya begitu indah. Dia mempunyai banyak sifat dan sifat-sifat-Nya begitu tinggi. Jadilah hamba-Nya, nescaya Dia menjadi penolongmu. Dialah Allah! Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia. 

Adakah engkau mengetahui siapa yang senama dan sebanding dengan-Nya?

Siapakah yang menciptakan bumi dan langit? 

Siapakah yang mengalirkan air, memancarkan cahaya, menabur keagungan, menghiasi diri-Nya dengan keabadian, dan mengkhususkan-Nya dengan kebesaran dan kekuasaan? 

Siapakah yang mengalahkan tentera, menghancurkan pasukan bersekutu dan membinasakan Kaum Tsamud dan 'Ad? 

Siapakah yang mengalahkan tipu daya musuh, menghancurkan banyak negeri yang zalim dan memberi prtunjuk ke jalan yang benar?

Dialah Yang Maha Esa, yang memiliki nama-nama yang paling indah dan sifat-sifat yang paling sempurna. Dia mengetahui segala sesuatu yang tersembunyi. Ilmu-Nya meliputi segala sesuatu yang terpendam di dalam hati. 

Dia menghiasi diri-Nya dengan keabadian, menetapkan kebinasaan kepada yang lain. Dia tidak dapat diliputi oleh penglihatan mata, tidak dikuasai oleh akal fikiran. 

Dia berkuasa melakukan segala perkara yang dikehedaki-Nya. Dia, lebih dekat kepadamu daripada urat nadi lehermu sendiri.

Wahai Tuhanku, Kami datang kepada-Mu dengan pasrah
berdiri di depan pintu-Mu sebagai seorang hamba yang fakir.
Maafkanlah kami kerana telah lalai dan cuai
ampunilah kelemahan Kami yang sudah Engkau ketahui.

Kemurahan-Nya melimpah, sehinggakan seluruh makhluk tidak mampu untuk memikulnya. Demi Allah, andaikan langit ini dibuat menjadi lembaran kertas yang akan dipenuhi dengan ribuan kata-kata pujian, nescaya tiadalah langit itu boleh menampung seluruh sanjungan yang dipersembahkan kepada-Nya]



Ya ayyatuhan nafsul mutmainnah..
Irji'i ila rabbiki rhadhiatan mardhiyyah..
fadkhuli fi ibaadi..
wadkhuli jannati.. :)