Thursday, July 4, 2013

Gadis itu


بسم الله الرحمن الرحيم




Aku, gadis yang selalu tabah,
tabah dalaam meniti hari dan realiti,
walaupun perit, walaupun sakit,
menanggung kerinduan itu..


Aku, gadis cekal itu,
Rahsia tersembuunyi di sebalik matanya,
kehidupan yang hanya meruntun jiwa,
tetapi, disimpan rapi tanpa cerita..


Sesungguhnya aku, berjiwa kental,
merasa senang biarpun sukar,
tetap ketawa biarpun pahit menelan,
menunjukkan bahagianya tanpa curiga..


Aku juga gadis biasa,
memerlukan bahu untuk menumpang,
kasih, rindu, ketawa, bahagia dan dukanya,
walaupun tiada siapa dapat memahami,
Tapi, aku minta dimengerti,
Aku akan tetap bejuang biarpun kehausan,
Tetap bertahan biarpun pedih,
Tetap berdiri biarpun akan jatuh,
Dan, aku akan tetap berusaha biarpun kecundang..


Aku, itulah aku,
Gadis didikan ayah,
Gadis sentuhan ibu,
Ummat Rasulullah s.a.w mulia,
Hamba Allah Yang Maha Esa,
Akan kutegakkan ad-Deen tercinta!!


ALLAHU AKBAR!!
Hanya kepada-Mu akan berserah dan memohon perlindungan.. himpunkanlah jiwa-jiwa ini untuk tunduk dan takut pada-Mu..

Tuesday, May 7, 2013

let's share together..

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh..



perasan tak kita??

ada masa-masa kita terasa bosannya hari-hari kita,
ada masa-masa kita rasa kebuntuan,
ada masa-masa kita terasa kita perlu ubah kehidupan,
tp, selalunya semangat membantutkan kita,
untuk mengahasilkan semangat baru bukan semudah itu...
thus..
u may try those below in the list.. :
- try to ddo something ew in your daily life
-try to have a new hobby
-try to met new people
-try to work or study with new people
-try to do a new skill
-try to do anything you haven't yet doing it
InsyaAllah u will find the spirit
u will find the happiness
and u will find the freshness of the day..
InsyaAllah.. Biiznillah :)


~by the hunter of redha..hehe :)

Monday, March 4, 2013

Malam ini

Bismillahirrahmanirrahim..






Hanya itu yang mampu ku lakukan saat ini.
Tenang, tapi susah untuk aku gambarkan tiap rasa.
Biar aku simpan sendiri.
Biar aku pendam sampai satu saat nanti akan ku kongsi.






Sabar, jangan mudah mengeluh dahulu.
Ingat, ujian hanya untuk menguji.
Cekallah duhai hati.
Tabahlah wahai empunya diri.





Aku harus bangun.
HARUS!

Tapi aku masih buntu.
Ya Allah, pimpinlah dia,
Bantulah dia ke arah yang di redhaiMu..
Tunaikanlah tiap hajat dan permintaannya.


P/S : Maafkan aku kerana aku tidak mampu membuatmu tersenyum apatah lagi membahagiakanmu. 
Semoga Allah memelihara tiap kata, langkah dan perbuatanmu. 
Kalungan doa buatmu yang mampu kukirim setiap hari. 
Maafkan aku.   



Friday, February 15, 2013

Yang Mana Satu Ummi?



Bismillahirrahmanirrahim.. 

Ya Allah, kuatkan hati hambaMu ini, pasrahkan akan segalanya padaMu..
Allahu Rabbi.. 






Aku: "umi,mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang??"

Umi: "dua-dua bukan..plihan hati kita ialah orang yg sayangkan kita kerana ALLAH"

Aku: "tapi umi,mcam mana nak tau orang tu sygkan kita kerana ALLAH??"

Umi: "Yang paling tahu hanya Allah..Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditunjukkan oleh seseorang tu..", umi tersenyum..abah menjeling..hehe...

Aku: "xfahamlah umi..hehe.."

Umi: "Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah.. begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu.. Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki, jodoh dan maut sejak azali lagi..Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu?"

Aku: "hehe.. xtahu umi..ALLAH je yg tau..", malu pulak rasanya..

Umi: "sayang dgar ni umi nk pesan.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni.. Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya.."

Tiba2 je air mata ni mengalir..:'(

Umi: Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya.. Sesungguhnya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnya hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya. Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas  peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas- batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain.. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya.


Umi sambung lagi: Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya.. Hanya Allah yang boleh memegangnya.. Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah.. Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya, rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. umi dah didik anak umi dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang umi serahkan anak2 umi yang umi sayang sangat ni pada ALLAH untuk Dia pelihara..", suara umi sebak...



Dan ketika itu, aku terus memeluk Umi..