Monday, July 2, 2012

~ Ini medanku ~

Bermulanya sebuah perjalanan
Yang menentukan masa hadapan
Sebuah peperangan di medan ilmu
Yang memerlukan aku untuk terus gagah
Jauh, dari pandangan kekasih
Yang mengharap kepulangan sebuah kejayaan..

AKU..
Akan teruskan perjuangan ini
Meskipun sukar, meskipun banyak ranjaunya
Ayahanda
Aku perlukan pimpinan tanganmu
Ibunda
Aku perlukan pelukan eratmu
Untuk Aku terus berusaha hingga akhirnya

Wahai diriku
Alangkah kasihannya kau jika mensiakannya
Alangkah lemahnya kau andai terus berputus asa
Alanngkah jumudnya kau apabila tidak berusaha
Alangkah simpatinya kau jika kau tewas begitu sahaja
Kawal dirimu!!
Kejayaan hanya di depanmu
Kau hanya perlu teruskan berjalan
Hingga ke penamatnya..

Wahai diriku
Jangan kau gundah gulana andai kau dibelakang
Teruskan mengejarnya semampu boleh
Ya, aku tahu aku boleh
Jika setiap sesuatu ada Allah bersamaku
Kerana kau tahu Dia berkuasa atas setiap sesuatu
Maka, kau berusahalah, berserahlah hanya padaNya.. <3<3<3




LOVE,
Mysara Zulkifli :)

No comments: