Thursday, December 12, 2013

Diaries


Bismillahirrahmanirrahim..





Aku sedar. Aku banyak ketinggalan. Masih lagi merangkak. Apabila yang lain sudah melompat. Apabila yang lain sudah berlari. Apabila yang lain sudah belayar dengan kapal yang dibina. Aku sedar. Allah bangkitkan hamasah (semangat) ini. Supaya dekat denganNya. Dunia sebagai alat, bukan tujuan. Moga Allah pandu hati ini, untuk mengajak yang tersayang. Untuk turut sama dekat. Bertemu di syurga yang kekal abadi. InsyaAllah..





*Rindu ayah. Rindu sangat. sangat, sangat, sangat.. Kbai ;)



Thursday, December 5, 2013

Keep moving






bila orang suruh bersabar dengan ujian, kau asyik cakap : 
“kau tak rasa apa yang aku rasa.”

okay sekarang nak tanya.
manusia mana yang tak diuji tuhannya? 
manusia mana?
kau kena faham, saat orang suruh bersabar, saat itu kau kena mula cari kekuatan. 

bukan sibuk beri alasan orang tak rasa apa yang kau rasa.

ujian setiap daripada kita tak sama.
tapi kita ada tuhan yang sama yang mampu berikan kita kekuatan.
move on lah.

-keep sabar :)

Saturday, November 30, 2013

Ya Allah..


بسم الله الرحمن الرحيم




Ya Allah ..
Yang membolak-balikkan hati-hati kami, Selama ini aku tidak pernah merasai akan kehadiran cinta, aku tidah pernah merasai bagaimana rasanya bercinta, namun kuberharap, bila cinta ini hadir menyapaku, aku tidak akan kehilangan Engkau..


Ya Allah..
Selama ini aku hanya berharap, semoga dapat mencintai orang yang memiliki cinta luar biasa kepada-Mu..


Ya Allah..
Selama ini aku juga berharap, semoga aku akan dicintai oleh orang yang mengarahkanku menuju keredhaan-Mu..

Ya Allah..
Sehingga saat ini aku juga berharap, agar kau cintakan aku pada si dia yang mencintai ilmu-Mu dan mencintai jihad di jalan-Mu..


pintaku Ya Allah..
Izinkan aku memiliki rasa ini sehingga ianya menjadi indah di dada kami, tanpa menghilangkan rasa cinta kami pada-Mu..


P/s buat antum
Cintailah dirinya lillahitaala :) serahkan semuanya bulat-bulat kepada Allah.. perasaan gembira, hati bersih terjaga, iman rapi di dada.. InsyaAllah.. :)




Salam sayang penuh rindu,
Mysara Zulkifli :)


Saturday, October 12, 2013

Kuasa Cinta

Bismillahirrahmanirrahim..


"Jangankan lelaki biasa, nabi pun merasa sunyi tanpa wanita.

Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah.

Masih mencari walau ada segalanya.

Apa yang tiada di dalam syurga?

Namun Adam tetap rindukan hawa.. "



Rasulullah s.a.w bersabda : "Cintailah siapa yang ada di bumi supaya kamu akan dicintai makhluk yang berada di langit" (Riwayat Tabrani)


Kamu tidak akan beriman sehingga kamu berkasih sayang. Mereka berkata: "Kami semua pengasih". Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya bukanlah mengasihi seorang sahabatnya sahaja, akan tetapi membawa rahmat kepada manusia, mengasihi semua manusia".  (Riwayat Tabrani)


ERTI CINTA.



"Kata pujangga cinta letaknya di hati. Meskipun tersembunyi, namun getarannya nampak sekali. Ia mampu mempengaruhi fikiran sekali gus memberi kesan kepada tindakan. Sungguh, cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.


Cinta mampu melembutkan besi, menghancurkan batu karang, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat hamba menjadi pemimpin. Inilah dahsyatnya cinta! 
-petikan kata-kata Jalaluddin Rumi.


Alangkah indahnya Islam! Di dalamnya ada syariat yang mengatur bagaimana harusnya manusia mengelola perasaan cintanya, sehingga menghasilkan cinta yang lebih dalam, lebih murni dan lebih abadi. 


Islam mengajarkan bahawa seluruh kuasa cinta manusia harus dipupuk menuju Allah Yang Maha Pencipta, sehingga cinta kepadaNya jauh melebihi cinta pada sesama makhluk.Justeru, cinta pada sesama makhluk dicurahkan semata-mata kerana mencintaiNya. Asasnya adalah firman Allah SWT dalam surah al-baqarah ayat 165.

"Dan di antara manusia ada orang-orang yang mengambil selain Allah untuk dicintainya; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Sedangkan orang-orang yang beriman amat dalam (taat) cintanya kepada Allah"



ANDA TERFIKIR ATAU ANDA SEDANG BERFIKIR?

Dimanakah letaknya Allah di dalam hati kita?

Sudahkah kita letakkan setinggi-tinggi pengabdian cinta kita untuk Allah?

Apakah kita sudah benar-benar pasrah menyerahkan hidup dan mati hanya semata-mata untuk Allah?

Marilah kita renungkan dan muhasabah kembali..






Love,
Mysara Zulkifli :)

Monday, July 22, 2013

Ana tidak pernah lupa akan dirimu.. :)


بسم الله الرحمن الرحيم



Wahai Daei, Wahai Murobbi,
ku simpan rasa lelahan jiwa,
kerana Rabbmu, kerana Rabbku..
apakah ini hasrat khayalan?
apakah ini hasrat awangan?

setiap saat hanya igauan semata,
harapan untuk bersama denganmu,
bersama-sama memuja Sang Pencipta,
Seiringan berjalan hanya lillahitaala..
setiap degupku sangat berharga,
kerana bila tiada lagi hilanglah semua
cetera dunia, cetera maya,

Ingin sekali kuluahkan lafaz yang terpendam
tetapi jihad dan cinta Allah lebih mengangguli
cinta kepada Rasulullah yang ingin didahului
Takutkah diriku pada azab Allah
Inginku teguhkan iman di hati
Akhlakmu terpuji hiasan diri

dirimmu rijal buat bidadari syurga
dibahumu tergalas segala pimpinan
demi memikul seruan di medan jihad
Ya Rabbi..
kupohon kesejahteraan buatnya,
berkati dan bahagiakanlah dirinya,
siang malam hanya dikau sumber aspirasi,
agar berterusan tidak mengalah,

Bangunlah Ya Mujahid!!
tabahkan dirimu!!
Semoga cinta Allah subur di hatimu
dan kesetiaanku mekar bersamamu..


LOVE..,
Mysara Zulkifli :)

Thursday, July 4, 2013

Gadis itu


بسم الله الرحمن الرحيم




Aku, gadis yang selalu tabah,
tabah dalaam meniti hari dan realiti,
walaupun perit, walaupun sakit,
menanggung kerinduan itu..


Aku, gadis cekal itu,
Rahsia tersembuunyi di sebalik matanya,
kehidupan yang hanya meruntun jiwa,
tetapi, disimpan rapi tanpa cerita..


Sesungguhnya aku, berjiwa kental,
merasa senang biarpun sukar,
tetap ketawa biarpun pahit menelan,
menunjukkan bahagianya tanpa curiga..


Aku juga gadis biasa,
memerlukan bahu untuk menumpang,
kasih, rindu, ketawa, bahagia dan dukanya,
walaupun tiada siapa dapat memahami,
Tapi, aku minta dimengerti,
Aku akan tetap bejuang biarpun kehausan,
Tetap bertahan biarpun pedih,
Tetap berdiri biarpun akan jatuh,
Dan, aku akan tetap berusaha biarpun kecundang..


Aku, itulah aku,
Gadis didikan ayah,
Gadis sentuhan ibu,
Ummat Rasulullah s.a.w mulia,
Hamba Allah Yang Maha Esa,
Akan kutegakkan ad-Deen tercinta!!


ALLAHU AKBAR!!
Hanya kepada-Mu akan berserah dan memohon perlindungan.. himpunkanlah jiwa-jiwa ini untuk tunduk dan takut pada-Mu..

Tuesday, May 7, 2013

let's share together..

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh..



perasan tak kita??

ada masa-masa kita terasa bosannya hari-hari kita,
ada masa-masa kita rasa kebuntuan,
ada masa-masa kita terasa kita perlu ubah kehidupan,
tp, selalunya semangat membantutkan kita,
untuk mengahasilkan semangat baru bukan semudah itu...
thus..
u may try those below in the list.. :
- try to ddo something ew in your daily life
-try to have a new hobby
-try to met new people
-try to work or study with new people
-try to do a new skill
-try to do anything you haven't yet doing it
InsyaAllah u will find the spirit
u will find the happiness
and u will find the freshness of the day..
InsyaAllah.. Biiznillah :)


~by the hunter of redha..hehe :)

Monday, March 4, 2013

Malam ini

Bismillahirrahmanirrahim..






Hanya itu yang mampu ku lakukan saat ini.
Tenang, tapi susah untuk aku gambarkan tiap rasa.
Biar aku simpan sendiri.
Biar aku pendam sampai satu saat nanti akan ku kongsi.






Sabar, jangan mudah mengeluh dahulu.
Ingat, ujian hanya untuk menguji.
Cekallah duhai hati.
Tabahlah wahai empunya diri.





Aku harus bangun.
HARUS!

Tapi aku masih buntu.
Ya Allah, pimpinlah dia,
Bantulah dia ke arah yang di redhaiMu..
Tunaikanlah tiap hajat dan permintaannya.


P/S : Maafkan aku kerana aku tidak mampu membuatmu tersenyum apatah lagi membahagiakanmu. 
Semoga Allah memelihara tiap kata, langkah dan perbuatanmu. 
Kalungan doa buatmu yang mampu kukirim setiap hari. 
Maafkan aku.   



Friday, February 15, 2013

Yang Mana Satu Ummi?



Bismillahirrahmanirrahim.. 

Ya Allah, kuatkan hati hambaMu ini, pasrahkan akan segalanya padaMu..
Allahu Rabbi.. 






Aku: "umi,mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang??"

Umi: "dua-dua bukan..plihan hati kita ialah orang yg sayangkan kita kerana ALLAH"

Aku: "tapi umi,mcam mana nak tau orang tu sygkan kita kerana ALLAH??"

Umi: "Yang paling tahu hanya Allah..Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditunjukkan oleh seseorang tu..", umi tersenyum..abah menjeling..hehe...

Aku: "xfahamlah umi..hehe.."

Umi: "Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah.. begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu.. Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki, jodoh dan maut sejak azali lagi..Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu?"

Aku: "hehe.. xtahu umi..ALLAH je yg tau..", malu pulak rasanya..

Umi: "sayang dgar ni umi nk pesan.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni.. Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya.."

Tiba2 je air mata ni mengalir..:'(

Umi: Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya.. Sesungguhnya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnya hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya. Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas  peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas- batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain.. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya.


Umi sambung lagi: Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya.. Hanya Allah yang boleh memegangnya.. Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah.. Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya, rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. umi dah didik anak umi dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang umi serahkan anak2 umi yang umi sayang sangat ni pada ALLAH untuk Dia pelihara..", suara umi sebak...



Dan ketika itu, aku terus memeluk Umi..