Monday, July 22, 2013

Ana tidak pernah lupa akan dirimu.. :)


بسم الله الرحمن الرحيم



Wahai Daei, Wahai Murobbi,
ku simpan rasa lelahan jiwa,
kerana Rabbmu, kerana Rabbku..
apakah ini hasrat khayalan?
apakah ini hasrat awangan?

setiap saat hanya igauan semata,
harapan untuk bersama denganmu,
bersama-sama memuja Sang Pencipta,
Seiringan berjalan hanya lillahitaala..
setiap degupku sangat berharga,
kerana bila tiada lagi hilanglah semua
cetera dunia, cetera maya,

Ingin sekali kuluahkan lafaz yang terpendam
tetapi jihad dan cinta Allah lebih mengangguli
cinta kepada Rasulullah yang ingin didahului
Takutkah diriku pada azab Allah
Inginku teguhkan iman di hati
Akhlakmu terpuji hiasan diri

dirimmu rijal buat bidadari syurga
dibahumu tergalas segala pimpinan
demi memikul seruan di medan jihad
Ya Rabbi..
kupohon kesejahteraan buatnya,
berkati dan bahagiakanlah dirinya,
siang malam hanya dikau sumber aspirasi,
agar berterusan tidak mengalah,

Bangunlah Ya Mujahid!!
tabahkan dirimu!!
Semoga cinta Allah subur di hatimu
dan kesetiaanku mekar bersamamu..


LOVE..,
Mysara Zulkifli :)

No comments: