"Jangankan lelaki biasa, nabi pun merasa sunyi tanpa wanita.
Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah.
Masih mencari walau ada segalanya.
Apa yang tiada di dalam syurga?
Namun Adam tetap rindukan hawa.. "
Rasulullah s.a.w bersabda : "Cintailah siapa yang ada di bumi supaya kamu akan dicintai makhluk yang berada di langit" (Riwayat Tabrani)
Kamu tidak akan beriman sehingga kamu berkasih sayang. Mereka berkata: "Kami semua pengasih". Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya bukanlah mengasihi seorang sahabatnya sahaja, akan tetapi membawa rahmat kepada manusia, mengasihi semua manusia". (Riwayat Tabrani)
ERTI CINTA.
"Kata pujangga cinta letaknya di hati. Meskipun tersembunyi, namun getarannya nampak sekali. Ia mampu mempengaruhi fikiran sekali gus memberi kesan kepada tindakan. Sungguh, cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.
Cinta mampu melembutkan besi, menghancurkan batu karang, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat hamba menjadi pemimpin. Inilah dahsyatnya cinta!
-petikan kata-kata Jalaluddin Rumi.
Alangkah indahnya Islam! Di dalamnya ada syariat yang mengatur bagaimana harusnya manusia mengelola perasaan cintanya, sehingga menghasilkan cinta yang lebih dalam, lebih murni dan lebih abadi.
Islam mengajarkan bahawa seluruh kuasa cinta manusia harus dipupuk menuju Allah Yang Maha Pencipta, sehingga cinta kepadaNya jauh melebihi cinta pada sesama makhluk.Justeru, cinta pada sesama makhluk dicurahkan semata-mata kerana mencintaiNya. Asasnya adalah firman Allah SWT dalam surah al-baqarah ayat 165.
"Dan di antara manusia ada orang-orang yang mengambil selain Allah untuk dicintainya; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Sedangkan orang-orang yang beriman amat dalam (taat) cintanya kepada Allah"
ANDA TERFIKIR ATAU ANDA SEDANG BERFIKIR?
Dimanakah letaknya Allah di dalam hati kita?
Sudahkah kita letakkan setinggi-tinggi pengabdian cinta kita untuk Allah?
Apakah kita sudah benar-benar pasrah menyerahkan hidup dan mati hanya semata-mata untuk Allah?
Marilah kita renungkan dan muhasabah kembali..
Love,
Mysara Zulkifli :)
No comments:
Post a Comment