Bismillahirrahmanirrahim..
Moga Allah masih memberiku kekuatan untuk menempuh hari kemudiannya..
Aku harus sedar.. yang aku harus jauh dari dirinya..
mungkin dahulu kami sahabat setia
ke mana-mana sentiasa bersama.
Aku sangkakan persahabatan kita utuh..
seutuh masjid al- Aqsa..
setulus kasihnya Abu Bakar kepada Rasulullah..
Tetapi aku hanya bermimpi
Mimpi yang tak pasti di siang hari.
Kau beri dalih.
tanpa asbab dan musabab yang kukuh..
kau hancurkan benteng kepercayaan aku, SAHABAT..
Alangkah sedih dan pilu saat diri ini memikirkanmu ukhti..
aku mencuba sedaya upaya untuk berubah ke arah yang lebih sempurna.
malah mengapa kau pula yang bepaling dari jalan kebenaran itu?
Ya Allah, jagakanlah dia..
Kerana aku masih menyayangi dirinya..
kerana dia juga pernah bergelar SAHABAT..
p/s: Aku rindu semua sahabat. Abaikan semua kisah lamaku. abaikan semua sikap keanak-anakkanku, perangai burukku.. malu mengenangkan kisah silamku.. ketika masih jahil dalam agama sehingga aku menjadi seorang hamba yang taat pada perintahNya.. Allahu Rabbi! :)
No comments:
Post a Comment