Tuesday, June 26, 2012

Adik bagi saya ubat?



Bismillahirrahmanirrahim..





Wahai Adikku,

Kalau dulu kau yang paling sukar mendengar kata
Kalau dulu kau yang paling sukar diatur bicara
Tapi kini semua telah berubah
Haruskah ku bertanya mengapa, atau terus menyokong hingga ke sudah?


Wahai Adikku,

Sungguh aku tidak menyedari setiap pertanyaan yang dahulu kau ajukan
Sebenarnya kau ambil dan kau gunakan
Sungguh sukar untuk aku fahamkan
Ternyata lebih sukar untuk ku telan
Entahmengapa, aku sendiri sukar untuk terima

Wahai adikku, 

Semoga apa yang kau lakukan sekarang berkekalan hingga ke akhirnya
Aku, kakakmu sentiasa di sisi selamanya
Terima kasih kerana telah mengingatkanku sekali lagi
Betapa aku kerdil di muka bumi ini
Betapa aku jahil dengan diri sendiri

Terima kasih wahai adikku
Terima kasih yang tak terhingga
Segunung ucapan berbahagia
Selaut doa aku panjatkan
Semoga kita akan sentiasa dirahmatiNya
Atas setiap perubahan
Atas setiap perbuatan
Atas setiap patah kata ini
Semoga semuanya adalah kerana Allah

InsyaAllah..



Salam sayang dari ukhtimu. 


Gong Badak, 
Mysara Zulikfli :)


No comments: