Monday, July 22, 2013

Ana tidak pernah lupa akan dirimu.. :)


بسم الله الرحمن الرحيم



Wahai Daei, Wahai Murobbi,
ku simpan rasa lelahan jiwa,
kerana Rabbmu, kerana Rabbku..
apakah ini hasrat khayalan?
apakah ini hasrat awangan?

setiap saat hanya igauan semata,
harapan untuk bersama denganmu,
bersama-sama memuja Sang Pencipta,
Seiringan berjalan hanya lillahitaala..
setiap degupku sangat berharga,
kerana bila tiada lagi hilanglah semua
cetera dunia, cetera maya,

Ingin sekali kuluahkan lafaz yang terpendam
tetapi jihad dan cinta Allah lebih mengangguli
cinta kepada Rasulullah yang ingin didahului
Takutkah diriku pada azab Allah
Inginku teguhkan iman di hati
Akhlakmu terpuji hiasan diri

dirimmu rijal buat bidadari syurga
dibahumu tergalas segala pimpinan
demi memikul seruan di medan jihad
Ya Rabbi..
kupohon kesejahteraan buatnya,
berkati dan bahagiakanlah dirinya,
siang malam hanya dikau sumber aspirasi,
agar berterusan tidak mengalah,

Bangunlah Ya Mujahid!!
tabahkan dirimu!!
Semoga cinta Allah subur di hatimu
dan kesetiaanku mekar bersamamu..


LOVE..,
Mysara Zulkifli :)

Thursday, July 4, 2013

Gadis itu


بسم الله الرحمن الرحيم




Aku, gadis yang selalu tabah,
tabah dalaam meniti hari dan realiti,
walaupun perit, walaupun sakit,
menanggung kerinduan itu..


Aku, gadis cekal itu,
Rahsia tersembuunyi di sebalik matanya,
kehidupan yang hanya meruntun jiwa,
tetapi, disimpan rapi tanpa cerita..


Sesungguhnya aku, berjiwa kental,
merasa senang biarpun sukar,
tetap ketawa biarpun pahit menelan,
menunjukkan bahagianya tanpa curiga..


Aku juga gadis biasa,
memerlukan bahu untuk menumpang,
kasih, rindu, ketawa, bahagia dan dukanya,
walaupun tiada siapa dapat memahami,
Tapi, aku minta dimengerti,
Aku akan tetap bejuang biarpun kehausan,
Tetap bertahan biarpun pedih,
Tetap berdiri biarpun akan jatuh,
Dan, aku akan tetap berusaha biarpun kecundang..


Aku, itulah aku,
Gadis didikan ayah,
Gadis sentuhan ibu,
Ummat Rasulullah s.a.w mulia,
Hamba Allah Yang Maha Esa,
Akan kutegakkan ad-Deen tercinta!!


ALLAHU AKBAR!!
Hanya kepada-Mu akan berserah dan memohon perlindungan.. himpunkanlah jiwa-jiwa ini untuk tunduk dan takut pada-Mu..