Saturday, August 11, 2012

Syair Si Pemburu Ilmu



بسم الله الرحمن الرحيم


Kupancarkan karya indahku di ufuk-nya.
Kusegerakan langkahku menuju negeri-Nya.
Indahnya pemandangan suasana malam
gembira, takkan pernah menggoyahkan tekadku.
Kutinggalkan lembah cinta dengan hati yang berat.
Tapi, kuyakin kelak tidak lagi merasa kesepian dan penderitaan itu.
Kuseru nama Allah Yang Maha Mulia.
Kudakap segenap tulang rusukku kerana takut akan panggilan-Nya..

Dia (Allah) mempunyai banyak nama dan nama-nama-Nya begitu indah. Dia mempunyai banyak sifat dan sifat-sifat-Nya begitu tinggi. Jadilah hamba-Nya, nescaya Dia menjadi penolongmu. Dialah Allah! Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia. 

Adakah engkau mengetahui siapa yang senama dan sebanding dengan-Nya?

Siapakah yang menciptakan bumi dan langit? 

Siapakah yang mengalirkan air, memancarkan cahaya, menabur keagungan, menghiasi diri-Nya dengan keabadian, dan mengkhususkan-Nya dengan kebesaran dan kekuasaan? 

Siapakah yang mengalahkan tentera, menghancurkan pasukan bersekutu dan membinasakan Kaum Tsamud dan 'Ad? 

Siapakah yang mengalahkan tipu daya musuh, menghancurkan banyak negeri yang zalim dan memberi prtunjuk ke jalan yang benar?

Dialah Yang Maha Esa, yang memiliki nama-nama yang paling indah dan sifat-sifat yang paling sempurna. Dia mengetahui segala sesuatu yang tersembunyi. Ilmu-Nya meliputi segala sesuatu yang terpendam di dalam hati. 

Dia menghiasi diri-Nya dengan keabadian, menetapkan kebinasaan kepada yang lain. Dia tidak dapat diliputi oleh penglihatan mata, tidak dikuasai oleh akal fikiran. 

Dia berkuasa melakukan segala perkara yang dikehedaki-Nya. Dia, lebih dekat kepadamu daripada urat nadi lehermu sendiri.

Wahai Tuhanku, Kami datang kepada-Mu dengan pasrah
berdiri di depan pintu-Mu sebagai seorang hamba yang fakir.
Maafkanlah kami kerana telah lalai dan cuai
ampunilah kelemahan Kami yang sudah Engkau ketahui.

Kemurahan-Nya melimpah, sehinggakan seluruh makhluk tidak mampu untuk memikulnya. Demi Allah, andaikan langit ini dibuat menjadi lembaran kertas yang akan dipenuhi dengan ribuan kata-kata pujian, nescaya tiadalah langit itu boleh menampung seluruh sanjungan yang dipersembahkan kepada-Nya]



Ya ayyatuhan nafsul mutmainnah..
Irji'i ila rabbiki rhadhiatan mardhiyyah..
fadkhuli fi ibaadi..
wadkhuli jannati.. :)


No comments: