Saturday, January 18, 2014

Pujuklah Wahai Hati..

Bismillahirrahmanirrahim..




Wahai diriku,  bersabarlah..
janganlah berputus asa dalam kehidupan ini.
Allah itu dekat, terlalu dekat dari urat nadi yang berada di lehermu..
Jika engkau tidak mendapat apa yang engkau inginkan dalam hidup,
mungkin Allah akan menggantikan sesuatu yang lebih baik dari sebelumnya.
Engkau tidak tahu sedangkan Allah tahu.


Ya, Allah tahu..
tetapi aku sendiri tidak tahu apa yang berada di hadapanku..
kesatlah air matamu itu..
gantikan dengan senyuman penawar hati di setiap musibah itu.
selalulah menyebut.. "Alhamdulillah.."


Wahai diriku...
Allah sangat sayang dan cinta padamu..
Dia tahu apa sahaja keburukan dan kebaikan untukmu..
jadi, terimalah seadanya takdir PenciptaMu itu..


Yakini dan berdoa agar diberikan terbaik dalam hidupmu.
dan itulah yang terbaik apabila terjadi sesuatu dari ketetapan Ilahi.
InsyaAllah.. Ameen Ya Rabb..

~sudahlah duhai hati.. jangan menangis lagi.. Allah sentiasa di sisi.. InsyaAllah doa darinya juga pasti akan mengiringi. doakan yang terbaik buat dirimu, juga dirinya.

aku kesat air mata buat kali ini. aku tahan sebak di dada,
mencuba meskipun sukar.. perit dan payah untuk aku lakukan..
aku tarik nafas sedalam mungkin.
jika dia bisa tabah mengharung onak dan duri kehidupan ini, mengapa aku tidak?
tawakkal dan sentiasa mohon padaNya..
sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui..


Yes, a strong woman knows how to keep her life in order,
and even with tears in her eyes,
she's still manage to say that.
" I'm fine :) "


Wallahhua'lam.

1 comment:

qinaysf said...

sabarlah syg, ada hikmah Allah berikan dugaan ni. be strong ye!!