Saturday, January 18, 2014

Niat Termahal


Bismillahirrahmanirrahim..




Wahai Tuhan..
Telah kutanam
Jauh di penjuru sanubari
Sejak lama dahulu
Niat yang satu
Inginku kembali kepadaMu
Tika sedang berbuat taat

Namun jalannya terlalu sukar
Lorongnya berliku bersimpang-siur
Tidak upaya rasanya lagi
Melawan diri sendiri
Kerana di situ duduknya
Nafsu jahat musuh yang hina

Wahai Tuhan..
Aku cuba agar tidak mengalah
Walaupun terasa benar
Diri sangat lemah
BantuanMu wahai Tuhan
Adalah kekuatan
Berdepan segala halangan

Ku pohon kekuatan itu
Hidayah dan taufikMu
Memimpin langkah yang lesu
Agar taatku tidak buntu
Agar taatku bukan berwaktu

Telah kutanam juga
Sebuah niat termahal
Inginku kembali kepadaMu
Bersama dakapan husnul khatimah.

No comments: