Wednesday, November 28, 2012

Apakah sahabat dalam erti kata sebenar?



Assalammualaikum..
Bismillahirrahmanirrahim..






    
Kadang-kadang kita selalu berangan-angan mahu ditemukan lelaki soleh supaya kita dapat berpimpin tangan menuju redha Allah bersama-sama padahal kita tidak berusaha mendampingkan diri mencari sahabat yang solehah yang boleh mengingatkan kita waktu solat, jom qiammulail, ataupun mari baca Ma’thurat.

Bukankah sahabat yang baik juga adalah pembuka jalan untuk kita menjadi yang baik dan permulaan cerita untuk kita mendapat yang terbaik juga?

Bukankah seorang isteri yang baik pada masa hadapan bermula dengan menjadi sahabat yang baik juga pada masa sekarang?

#Seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah s.a.w:

“Siapakah yang menjadi sahabat yang paling baik bagi kami?”

Jawab Rasulullah s.a.w:
“Seorang yang apabila kamu memandangnya, kamu teringat akan Allah, apabila kamu dengari cakapnya, bertambah pengetahuan kamu tentang Islam, apabila kamu melihat kelakuannya kamu teringat kehidupan akhirat.”


No comments: